Assalamualaikum
Moon suka makan..,suka masak.Bukan x suka makan kat luar,kadang-kadang tu rindu nak masak sendiri,bole makan banyak-banyak..*kalau kat kedai, tambah nasi ,tambah lauk kena bayar lebih..!! hahaha..betoi x..??
Kalau cuti dan ada masa lapang kat rumah,mulalah plan nak masak tu lah..ini lah..En Suami lah jadi mangsa teman saya cari bahan-bahan yang nak memasak tu.Tapi minggu lepas En.Suami plak yang teringin nak makan kari kepala ikan.Haaaa... amik ko..! reti ke masak kari kepala ikan kesukaan tekak beliau tu..Tanpa fikir panjang kami berdua pergi pasar malam cari kepala ikan,tapi saya pegi siang(petang selepas balik dari keje)hehehe pasar petang lah kan.Nasib haritu menyebelahi kami berdua,dapat lah kepala ikan merah.(suami nak kepala ikan merah,kata dia buat kari sedap ni..).Dapatlah kepala ikan dengan harga RM22.00, dan dengan harapan saya dapat masak kari kepala ikan kesukaan tekak En.Suami tu.hehehehe =)
Well,bukan sebab nak tunjuk rajin atau tunjuk pandai memasak.Jauh sekali....Tapi berbekalkan ilmu tunjuk ajar dan resepi dari Nenek (yang saya panggil Emak dari kecil) bole lah masak untuk diri sendiri dan family makan kat rumah.Nak buka restoran tuu...ermmm *saya xberminat plak nak berniaga kedai makan ni,letih habaq mai...!
Apepon meh moon nak berkongsi resepi Kari Kepala Ikan turun temurun dari nenek kesayangan moon ni .
*Bahan-bahan*
4 ulas bawang putih (potong kecik2)
1/2 bawang besar (potong kecik2)
6 biji kacang bendi
2 paket serbuk kari ikan
Herba campur
Daun kari
3 sudu minyak masak
1 paket santan
1/2 sudu asam jawa
Garam secukup rasa
Kepala ikan
*Cara-cara*
1.Masukkan 3 sudu minyak masak dan tumiskan bawang putih,bawang besar(tp moon lebih suka guna bawang besar yang warna putih tu,bukan yang warna merah ye..*ikot selera masing-masing),herba campur dan daun kari.Tumis bahan-bahan tu sehingga ade bau mcm org nak masak kari.Hahahaha..lol
2.2paket serbuk kari,gaulkan bersama air kacau gitu-gitu apek sehingga serbuk kari sebati dengan air.Kemudian masukkan ke dalam periuk dan gaulkan bersama bahan-bahan yang ditumis tadi.Didihkan dan kacau didalam periuk sehingga tekstur berubah.Sukatan air terpulang ,nak pekat atau cair kari anda.Oppss lupa nak mention, saya guna serbuk kari ikan keluaran Babas.
3.Masukkan 1/2 sudu asam jawa,pilihan saya sudah semestinya Asam Jawa Xtra Adabi,bukan ape senang guna yang ini,mudah dan cepat.
4.Kemudian campak lah bendi kedalam periuk kari anda.Nak guna terung pon bole.Masa untuk santan pula,saya lebih suka guna santan original,I mean yang siap di perah yang ade dijual kat kedai-kedai pasar basah,bukan santan kotak.Masukkan 1paket santan kacau sehingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan kepala ikan serta isinya kedalam periuk dan gaulkan,jangan lupa garam secukup rasa.
p/s : Memasak ni kena ikhlas dan penuh kasih sayang ,baru lah sedap dan ummpphhh...!! sambil-sambil kacau tu bole jugak berzikir "Ya Latif" pengikat kasih sayang antara keluarga. =)
p/s : Memasak ni kena ikhlas dan penuh kasih sayang ,baru lah sedap dan ummpphhh...!! sambil-sambil kacau tu bole jugak berzikir "Ya Latif" pengikat kasih sayang antara keluarga. =)
Tadaaa...!! kari kepala ikan saya dah siap...ready to makan,yummmyy..sambil menjilat jari,! tambah plak dengan ikan goreng pekasam penambah selera makan.Buurrrppp... Alhamdulillah untuk rezeki kami harini.
Kalau ade sesiapa yang berminat nak cuba bole lah cuba ya..I`m still learning ,malu plak berkongsi resepi,kalo xsedap mampos aku..lariiiii...!! Tapi tekak saya kata sedap,sebab tu confident je nak kongsi kat blog ni,hahahah. Selamat mencuba. ;)


WAHHH DA JADI CHEP DAH KAWAN AKU NI! HEHE
ReplyDeletehehehe chef xbertauliah bole lah..!! he3 :P
Delete