Assalamualaikum ♥
Nak citer sikit tentang kebersihan,almaklumlah kadang-kadang kita semua amik mudah je tentang kebersihan ni kan.Moon pon sama,sampai lah terjadi kat batang hidung sendiri, baru amik pusing tentang segala aspek kebersihan diri.Lebih-lebih lagi tentang anak kecik.Diaorang mudah terkena jangkitan / virus.
Budak kecik kan antibody tak cukup kuat macam orang dewasa.
Berlakunya last week,Damia start demam sebelum balik kampung,hari balik kampung dia ok je,alhamdulillah sihat,siap pergi pantai batu feringghi lagi.Hehehe =)
Selepas satu hari balik dari kampung tu lah..,pagi sebelum nak pergi keje tu,
tengah siap-siapkan nak hantar ke babysitter,ternampak kaki dan tangan penuh bintik merah.Moon dah syak lain ni,Damia plak merengek semacam je...
Teruskan jugak pagi tu hantar ke rumah babysitter macam biasa,sebelum ke keja,ade tanya dengan m.cik yang jagakan Damia tu,kot-kot lah ade kena gigitan apa2 ke.? Dia cakap,ni mungkin terkena dengan budak yang seorang lagi,sakit kaki,tangan dan mulut.Aku dah cuak..!! Ape plak ni..Tak pernah dengar pon..!
Moon dah start fikir macam-macam,hope tak jadi apa2 lah..adussss... ;(
Moon dah start fikir macam-macam,hope tak jadi apa2 lah..adussss... ;(
Nasib baik hari tu boss baik hati,bagi half day.Apa lagi bergegas lah bawa c kecik ke klinik.Sampai je sana moon dan suami cakap kat Doc tu..,ni penyakit tangan,kaki dan mulut ke Doc..??
Doc tu jawab ermmm yee.."tapi awak jangan risau dan cemas sangat..! penyakit ni tak merbahaya kalau dirawat secepat mungkin,bagi makan ubat ni hari-hari dalam tempoh 5-7hari Insyaallah ok.
Legaaa moon dan suami dengar,Alhamdulillah ...bole senyum dah.. =)
Tapii.......
Damia apa2 pon tak nak makan dan minum susu,makin kurus lah c kecik mama tuu..Start dari kejadian tu lah kami sekeluarga lebih berjaga-jaga tentang kebersihan.
Ok kat bawah ni contoh-contoh hand sanitizer yang terdapat dipasaran,ada macam2 brand yang korang boleh pilih.
Laju-laju pergi beli handsanitizer ni..yang ni simpan kat umah.
Hand sanitizer dari guardian ni wangi tau..! moon simpan kt opis je..size kecik bole letak dalam handbag,
harga berbaloi plak tu..tapi fungsi sama je,tak kisah lah brand apa kan..
janji kills 99.9% of bacteria wokeyyy.. ;)
.
.
.
.
.
.
ok back to story
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan
kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan,
kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala
tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan
ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan
ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin).
- Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
- Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
ps : pesanan dari moon mencegah lebih baik dari mengubati.Cewaaahhh nasihat org mmg pandai. *peace ;)
*Thank you for reading this entry ♥

No comments:
Post a Comment