Friday 24 May 2013

"Syria Damia"

Assalamualaikum semua

Hari ni moon nak update tudung syria.Moon nama kan tudung ni sempena nama anak moon Aina Damia.
"Syria Damia" ade 11 design dan warna.Setiap satu design very limited.


Harga tak mencecah puluh-puluh pon,sehelai RM18 sajee. Kalau beli 3 helai ke atas, boleh Free Postage. 
Kalau beli sehelai,dua helai postage ialah sama sahaja RM6 (semenanjung) dan RM9 (sabah/sarawak).
Insya Allah saya mesra je boleh tanya-tanya dan servis saya akan uruskan secepat yg mungkin.




 Sold


 Sold


Sold  


 Available


 Sold


 Sold


 Sold


 Sold


Available


 Available


 Sold



BERMINAT?

SILA WHATSAPP KOD TUDUNG, NAMA, ALAMAT, NO TELEFON ANDA LAJU-LAJU KE 012-3149903. BOLEH JUGA SMS (kalau takde whatsapp). 
(InsyaAllah akan reply secepat mungkin)



*Thank you for reading this entry  

Sunday 19 May 2013

HMFD @ penyakit tangan kaki & mulut

Assalamualaikum

Nak citer sikit tentang kebersihan,almaklumlah kadang-kadang kita semua amik mudah je tentang kebersihan ni kan.Moon pon sama,sampai lah terjadi kat batang hidung sendiri, baru amik pusing tentang segala aspek kebersihan diri.Lebih-lebih lagi tentang anak kecik.Diaorang mudah terkena jangkitan / virus.
Budak kecik kan antibody tak cukup kuat macam orang dewasa.

Berlakunya last week,Damia start demam sebelum balik kampung,hari balik kampung dia ok je,alhamdulillah sihat,siap pergi pantai batu feringghi lagi.Hehehe  =)
 Selepas satu hari balik dari kampung tu lah..,pagi sebelum nak pergi keje tu,
tengah siap-siapkan nak hantar ke babysitter,ternampak kaki dan tangan penuh bintik merah.Moon dah syak lain ni,Damia plak merengek semacam je...

Teruskan jugak pagi tu hantar ke rumah babysitter macam biasa,sebelum ke keja,ade tanya dengan m.cik yang jagakan Damia tu,kot-kot lah ade kena gigitan apa2 ke.? Dia cakap,ni mungkin terkena dengan budak yang seorang lagi,sakit kaki,tangan dan mulut.Aku dah cuak..!! Ape plak ni..Tak pernah dengar pon..!
Moon dah start fikir macam-macam,hope tak jadi apa2 lah..adussss... ;(

Nasib baik hari tu boss baik hati,bagi half day.Apa lagi bergegas lah bawa c kecik ke klinik.Sampai je sana moon dan suami cakap kat Doc tu..,ni penyakit tangan,kaki dan mulut ke Doc..??
Doc tu jawab ermmm yee.."tapi awak jangan risau dan cemas sangat..! penyakit ni tak merbahaya kalau dirawat secepat mungkin,bagi makan ubat ni hari-hari dalam tempoh 5-7hari Insyaallah ok.
Legaaa moon dan suami dengar,Alhamdulillah ...bole senyum dah.. =)

Tapii.......

Damia apa2 pon tak nak makan dan minum susu,makin kurus lah c kecik mama tuu..Start dari kejadian tu lah kami sekeluarga lebih berjaga-jaga tentang kebersihan.

Ok kat bawah ni contoh-contoh hand sanitizer yang terdapat dipasaran,ada macam2 brand yang korang boleh pilih.




Laju-laju pergi beli handsanitizer ni..yang ni simpan kat umah.

Hand sanitizer dari guardian ni wangi tau..! moon simpan kt opis je..size kecik bole letak dalam handbag,
harga berbaloi plak tu..tapi fungsi sama je,tak kisah lah brand apa kan..
janji kills 99.9% of bacteria wokeyyy.. ;)


.
.
.
.
.
.
.


 ok back to story 


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.



HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
  

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:


  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). 
  • Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Komplikasi

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.


  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

ps : pesanan dari moon mencegah lebih baik dari mengubati.Cewaaahhh nasihat org mmg pandai. *peace ;)




*Thank you for reading this entry  

Sunday 28 April 2013

Siapa nak Langsing...

Assalamualaikum

Hi..ini entry iklan lagi..Lagi-lagi iklan kan..! hehehe =)
Tapi ni bukan sekadar iklan jeee,saya pengguna tegar produk dan barang ni..
(*tegar ke..? xde lah tegar sgt,kadang-kadang terlupa jugak..moon manusia biasa juga,kalau sibuk dan rushing di pagi hari,memang akan termiss nak sapu losen ni kat tempat-tempat simpanan lemak yg berlebihan di badan.


Ok lah skip cite pasal lemak and back to produk yang sangat awesome ni.Jatuh cinta selepas 
diperkenalkan oleh kakak sendiri.Yela moon selalu je mengadu tentang lemak yang berlebihan yang tak sepatutnya melekat kat badan moon ni kat dia. Heeeee  =P

Tadaaaaa produk tu nama nya Fellina Inchloss Lotion sangat bagus untuk singkirkan lemak 
kat mana2 lah yang korang tak nak kat badan tu kan.Pastu dah lah bau dia sangat mesra alam,
eh mesra alam plak,mesra pengguna.
Bau lotion ni tak macam produk-produk lain yang kat pasaran tu,yela dulu moon ada pakai one of lotion untuk langsing jugak,bau dia tak mesra pengguna sangat,bau macam pakai minyak angin.So kesimpulan nya reject and result pon tak work it.Buang tong sampah lah jawabnya.

Malas nak citer panjang lebar,mari kita tengok apa kelebihan lotion ni :-



Mengapa Anda Perlu Gunakan Felinna Inchloss Lotion?

- Felinna tidak terlalu panas tetapi mempunyai bau wangi.
- Mudah mudah dibawa dan selesa dipakai kerana baunya yang wangi.
- Rumusan yang bagus untuk kulit, lembut kulit, masalah kulit kering, selulit, merekah di tapak kaki.
- Mudah nak apply di mana-mana bahagian yang tak berkenan kat hati.
- Pek yang mudah untuk dibawa kemana-mana.

KHASIAT FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION

- Aroma Wangian
Ianya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif. Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan. Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan. Rumusan semulajadi, halal, buatan Malaysia dan berkualiti. Inchloss lotion merupakan lotion sapuan perlangsingan yang dihasilkan untuk bertindak balas secara semulajadi menggunakan herba-herba asli dan bebas bahan kimia. Rumusan formula Inchloss Lotion terbukti berkesan untuk memecahkan lemak dalam badan dan ia juga terbukti berkesan untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan yang lebih langsing.

CARA GUNA FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION

- Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang nampak tak berapa nak cantik sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
- Sapu dua kali sehari, selepas mandi pagi dan malam.
- Boleh gunakan oleh lelaki dan wanita.

APA KEISTIMEWAAN FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

- Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.
- Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.
- Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.
- Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)

Kelebihan Produk Inchloss

- Berkesan untuk menghilangkan lemak-lemak berlebihan di badan tanpa berlapar
- Tanpa bahan kimia 100% bahan semulajadi.. (berasaskan herba)
- Mudah digunakan
- Tidak terlalu panas
- Berbau wangi dan tahan lama
- Sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu (jauhi sapu di kawasan perut dan pinggang)
- Mendapat kelulusan KKM
- Sesuai untuk lelaki dan wanita

Produk hebat ini semakin hangat dipasaran!

Sudah ramai yang mencuba produk ini dan mendapat hasil yang sangat memuaskan..Sesiapa yang sedang berdiet jugak di galakkan menggunakan produk ini kerana boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan..








Apa tunggu lagi dapatkan segera produk yang sangat best and awesome ni.
Bole layari laman sosial FB page moon & kakak moon dibawah ini utk pertanyaan / pembelian online :-



*Thank you for reading this entry  ;)
 

Tuesday 23 April 2013

AD Entertainment

Assalamualaikum

Hi ini entry iklannn,promote & sebagainya. Bukan dipaksa promote oleh pihak berkenaan,
tapi sebab nak memberi semangat kepada EnSuami .

AD Entertainment ni di tubuhkan pada November tahun lepas.
EncikSuami dapat idea
nama kan bisnes ni sempena
 nama anak kami.Aina Damia yang comel tu..  =)



AD Entertainment menyediakan perkhidmatan PA system & karaoke sesuai untuk majlis resepsi perkahwinan,
open house dan majlis2 yang berkaitan. Sedia untuk khidmat dalam dan luar bandar.



Ok kat bawah ni gambar asli yang di ambil semasa majlis,
yang dikendalikan oleh AD Entertainment.


Kat majlis kawin.


 Function untuk Annual Dinner sebuah company.

 Mr DJ in da house..!!





Sorry for the images quality.We just used phone`s camera.






 * Ok kepada sesiapa yang nak tanya tentang pakej yang disediakan,

BERTUNANG KE, PAKEJ BERSANDING KE, PAKEJ ANNUAL DINNER KE, BIRTHDAY PARTY KE, AVENT  APA-APA JE LA..BOLEH CONTACT TERUS KE 
 
AD ENTERTAINMENT


TELEFON: 017-3372427 / 012-3149903 (En.Ahmad Nabil)

 @


bole jugak like FB AD Entertainment



ps : mana tau bole dapat best price ke kan..! hehehe


*Thank you for reading this entry  ;)


Monday 8 April 2013

FCC (Farmasi Colour Cosmetic)

Assalamualaikum

Entry kali ni nak tulis tentang product kecantikan.Walaupon moon ni bukanlah "kaki mekap",tapi kalau keluar rumah tu ade lah juga tampal bedak atau pon bb cream@foundation. Tak sah kan perempuan dengan kecantikan..ahaks

Excited sangat nak tulis tentang product ni ade 3 sebab,

1.Product ni HALAL.
2.Product cosmetic ni murah & berbaloi untuk memilikinya.Dulu ingatkan product ni mahal,
   but i was totally wrong.
3.Private event.(owhhh sangat excited okayyyy,dapat invitation ke FCC launching new product.!)


Last week moon telah terpilih untuk pergi ke FCC Launching New Product,(private event).Seriosly xpenah pergi pon ke ape-ape event.Pertama sekali,fikir nak pergi ke aku?Kedua,nak pakai apa?Macam mana kat sana nanti,argghh..! Kan moon ni kurang bergaul dengan orang,tapi dalam hati,excited xhingat.!! hahaha
Last minit pergi jugak,nak juga rasa gi private event ni.Bole bergaul dan kenal dengan bloger-bloger yang lain.Adik moon lah jadi mangsa peneman diri hari tersebut.Hehehe..


Gambar-gambar dibawah adalah bukti pada hari ituu...















Nak masuk kena checklist dulu..kalo nama takde,tak boleh masuk.Sebab ni private event,yang dapat invitation je bole masuk.Heeeee  =)






Ni lah adik moon,terpaksa teman moon pada hari tu..




Eehhh tengok tu sape..Shasha Saidin..! artis Malaysia tuuu..pengacara pada hari tuu..




i love FCC


Bersama blogger terkenal Malaysia,sicantik manis Fatin Suhana in the houseee. Sweet sangat dia ni,walaupon terkenal macam artis,tapi dia tak sombong,tu yang best.





Product ni dah lama kat Malaysia,cuma segelintir orang je yang tahu tentang cosmetic ni, termasuklah saya. Ape yang paling PENTING dan TERUJA..
FCC (Farmasi Colour Cosmetics)  HALAL Cosmetics, Skin Care, Personal Care, Toiletries, Fragrances semua diaorang ada and products specially imported from Istanbul,Turkey. FCC is a high quality cosmetic products with a professional image but sold at very competitive and affordable price.

Kalau nak beli product FCC atau nak tahu info lebih lanjut,
boleh LIKE Facebook Fanpage mereka di: FCC ( Farmasi Color Cosmetic ) or 03 - 51911510/2192 or email at marketing@naturalifesolution.com. 



*Thank you for reading this entry  ;)

Thursday 4 April 2013

Wanita Dan Kasut

 Assalamualaikum

  Owwwhhh kalau nama nya perempuan,wanita dan sebagainya memang sinonim sangatlah dengan kasut kan,bagai isi dengan kuku.Shoe Festival 2013 atau pon dalam bahasa melayunya Festival Kasut.Ia adalah acara tahunan untuk peminat-peminat kasut, dan sesiapa sahaja yang memerlukan sepasang kasut, atau dua, atau tiga, atau lebih bolehlah hadirkan diri anda di festival kasut ini, tambahan lagi perayaan ini mempunyai banyak aktiviti yang menarik, menyeronokkan dan permainan untuk seisi keluarga. Sekarang telah masuk tahun yang keempat, Kasut Festival Antarabangsa Malaysia 2013 yang berlangsung di Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Ministry of Tourism Malaysia.
  • Tempat: PWTC Pusat Dagangan Dunia Putra
  • Tarikh: 28 – 31 mac, 2013
  • Kemasukan: Masuk Percuma
Laman Web Rasmi: www.malaysiafootwear.com


  Seawal 11.30pagi moon dan adik ipar dah sampai disana,awalkan.!? Bukan lah excited sangat pon,tapi adik ipar moon kata "kak kalo kita g lambat nanti orang ramai time lunch" kebetulan hari yang kitaorang pergi tu hari jumaat,maklumlah pekerja-pekerja opis kan rehat lama hari jumaat tu,tuk kaum Hawa shoppinglah apa lagi kan,heheheh  =)




 Nak jugak pose,perkara wajib bila amik gambar.Hehehe =)


Yeaahhh...dah sampai boleh borong kasut.Itu pon kalo ade yang betul-betul SALE lah & yang penting berkenan dihati.


 Kasut kat sini comel-comel tau,semua hand painted.Geram je tengok..!
Macam nak beli semua,tapi saya ada bajet pada haritu...Jadi tak de lah membazir $$.
Kalau tak dompet koyakk.Dahh kena cari purse baruuu.Hehehe =) Kalau design baru kat situ tak de diskaun,harga boleh tahan mahal, kalo design lama bole dapat dengan harga RM20 jeeee..


Apa yang istimewa semua kasut are painted by a group of well trained artist, most of them are disable 
(deaf & dumb).Walaupon disable diaorg berbakat.

The hand painted products which are washable.Haaaa itu yang best boleh cuci,ape lagi laju-laju lah pilih & beli satu untuk si kecik saya.Tapi size kasut yang paling kecik pon untuk umur 3tahun,nak tak nak beli jugak lah,boleh simpan dan pakai bila Damia besar nanti.



Korang yang berminat nak beli kasut yang comel-comel ni bole layari FB mereka macam dalam
gambar ni yee..(promote jee.,bukan dapat ape-ape or kasut free pon,hehehe ) i`m juz support group of well. ;)


Ni baru half of kasut-kasut.
Moon tak sempat nak ambil gambar-gambar sebab leka dengan design kasut yang dipamerkan.



Sila scroll ke bawah untuk melihat gambar yang telah disnap pada hr tersebut...








lagi..











lagi..













lagi..












 Tadaaaa...!!














 Merah & Besarrrr...!! saya suka,saya suka..








 Kasut dengan bulu mata.Comel habaq hang..Tapi kalo nak pakai tak kot.! hehehe







Yeahhh..!! dapat cash voucher lepas scan bar code kat ctuu.
Tapi tak guna pon sebab-sebabnya,kasut kat Snowfly tu harga mahal tak ingat punya.Semua pon dalam RM200 keatas,kalau guna voucher pon congak-congak tak kena dengan bajet saya jugak.
So abaikan ajee..



Hasil tangkapan.
Apa yang moon boleh katakan kasut di Verns sangat murah dan berbaloi.Selesa plak tu.Verns untuk saya dan adik iparku.